SARANG burung dikatakan mempunyai khasiat yang tinggi dan menjadi makanan tambahan pilihan utama bagi masyarakat Cina di seluruh dunia sejak 1,500 tahun lalu.
"Untuk menghasilkan sarang, perlu kedua-dua burung jantan dan betina kerana ia dibuat ketika proses mengawan. Burung jantan lebih banyak bekerja daripada betina kerana si betina ketika itu sedang bunting. Burung walit menghasilkan sarang tiga kali setahun dan mengambil masa 30 hari untuk membuat sebuah sarang. Jangka hayat burung adalah antara 15 hingga 20 tahun.
"Rembesan dari kelenjar di bawah lidah burung ini hanya ada ketika proses mengawan kerana setelah 45 hari anak burung membesar, kelenjar itu mengecut semula,"
Rembesan kelenjar itu wujud untuk menyediakan sarang bagi anak yang bakal lahir. Burung walit sangat setia sifatnya. Sekiranya dia sudah mula membuat sarang di sesuatu tempat, dia akan datang kembali ke tempat yang sama untuk anak yang seterusnya. Begitu juga dengan pasangan kerana burung walit setia dengan satu pasangan sepanjang hayatnya.
Langkah pembersihan dimulakan dengan sarang burung direndam untuk melembutkannya.Membuang kekotoran dilakukan dengan terperinci di bawah lampu terang. Bulu burung yang melekat dikeluarkan menggunakan pencungkil yang halus.Semuanya menggunakan tangan kerana mesin akan menghancurkan sarang. Bentuk asal sarang perlu dijaga. Sarang dibasuh sekali lagi kemudian dikeringkan dan dimasukkan ke dalam acuan khas sehingga kering. Faktor kebersihan sangat dijaga dalam proses ini yang mana habuk, bulu dan pasir mesti dibersihkan keseluruhannya. "Air yang digunakan pun mesti paling bersih iaitu air tapisan sahaja.
Permintaan sangat tinggi terhadap sarang burung terutama dari China.Burung walit hanya terdapat di Asia Tenggara dengan yang paling tinggi sekali di Indonesia, Thailand dan Malaysia.(Sumber Harian Metro)
No comments:
Post a Comment